Selamat datang ke blog Ex Camar Skod 36/37 Intek 7/80 Sekolah Semboyan Sg Besi

E JOBS KLIK PADA GAMBAR

Monday, February 27, 2017

VISIT PAHANG 2017

JERANTUT: Kerajaan Pahang meminta peneraju industri pelancongan tempatan meningkatkan kemudahan prasarana dan perkhidmatan masing-masing sebelum hujung tahun ini, sempena ketibaan kempen Tahun Melawat Pahang 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, berkata pemilik hotel, pengusaha inap desa dan operator produk pelancongan diminta sentiasa mengekalkan tahap kebersihan dalam keadaan baik.

Katanya, kerjasama semua pihak berkaitan itu penting supaya kempen Tahun Melawat Pahang 2017 dapat dijayakan dengan berkesan seterusnya mencapai sasaran menarik kedatangan 15 juta pelancong dalam dan luar negeri dengan perolehan pendapatan kira-kira RM14 bilion. 

"Segala kemudahan dan perkhidmatan yang ada perlu diselenggara dengan baik, kebersihan sentiasa diberi keutamaan dan jika ada (pemain industri pelancongan) yang mahu membuat penambahbaikan kemudahan masing-masing sebaik-sebaiknya siap sebelum hujung tahun ini.

"Kita sudah membuat perancangan rapi dan mahu pastikan kempen Tahun Melawat Pahang 2017 mencapai matlamat untuk mempromosi semua produk pelancongan yang ada di setiap daerah yang akhirnya turut memberi pulangan pelaburan kepada pengusahanya.

"Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk sama-sama kerajaan negeri mengalu-alukan kedatangan pelancong supaya industri pelancongan di negeri ini terus berkembang dengan positif," katanya di sini, hari ini.

Mohd Sharkar berkata, prapelancaran kempen Tahun Melawat Pahang 2017 akan diadakan pada bulan Mac manakala pelancaran secara besaran-besaran pula pada bulan Jun.







1 comment:

  1. Twin disasters in 2014, including the disappearance of Flight 370 en route from Kuala Lumpur to Beijing, hurt the airline's reputation. But Mueller said its main problems were an unsustainable network of routes, high operating costs and archaic information technology systems, among Watch Online Jobs Alerts On Jawatankosong.

    ReplyDelete




G0VQY - QSO with 9M2GET in Malaysia


Amateur Radio
Perbualan Angkasawan Malaysia dengan Planetarium Negara
Listen-in to Angkasawan Malaysia 
(Sheikh Muszaphar - 9W2MUS) on ISS 
at SMK Kelana Jaya (Sekolah Angkat TIME) 20.07.2007

ANGKASAWAN NEGARA 2007
9W2 MUS SHEIKH MUSZAPHAR


Angkasawan Malaysia : Soyuz TMA-11 berlabuh di ISS
Pesawat Soyuz TMA-11 
angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor 
dan dua krew lain selamat bercantum dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) 
pada jarak 350 kilometer dari Bumi di ruang angkasa rantau Asia Tengah.