Selamat datang ke blog Ex Camar Skod 36/37 Intek 7/80 Sekolah Semboyan Sg Besi

E JOBS KLIK PADA GAMBAR

Sunday, November 13, 2016

RADIO AMATOR

SEJARAH RINGKAS RADIO AMATUR DI MALAYSIA

Di Malaya
Sejak tahun 1928 sebelum ujudnya Radio Malaya dan Radio Singapura (SBC). Radio Amatur adalah yang pertama memancar rancangan (“programmes”) kepada orang ramai. 

Pada tahun 1930 (‘general public’) Richard Early VS1AB adalah antara orang yang pertama memancar di ikuti dengan VS1AD. Pada tahun 1947 Perak dan Selangor menubuhkan persatuan radio amatur .

Pada tahun 1952 Malayan Amateur Radio Transmitters Society  (MARTS) di tubuhkan dan didaftarkan. Sehingga tahun 1996 terdapat lebih kurang 300 Radio Amatur yang mempunyai tanda panggil dan terdapat lebih kurang 300 lebih SWL. Ini kerana ketika itu hanya lesen Kelas A sahaja. lesen kelas B tidak dikeluarkan.

BAGAIMANA LESEN KELAS B DI UJUDKAN

Pada tahun 1982
Dalam masyuarat AJK Marts, 9M2AV mengesyorkan agar diujudkan lesen Novice. Di awal tahun 90 an. 9M2ZA, 9M2SS, 9M2RS dll telah buat kertas kerja mengenai perkara ini dan hantar ke pihak Jabatan Telekom Malaysia yang pada ketika itu mengawal selia perkara ini. Mereka memohon agar mana-mana individu yang lulus ujian RAE boleh bekerja di frequency 6 meter, 2 meter, 70 meter dan ke atas.

Pihak JTM (JAB. TELEKOM MALAYSIA) telah memberi jawapan iaitu Kelas B hanya boleh bekerja di Freq. 144.600 Mhz sahaja. Kemudian pihak Marts telah merayu dan JTM  memberi kelongaran iaitu kelas B boleh bekerja di Freq. 144.000 - 148.000 Mhz dengan kuasa pancaran 5 Watts sahaja.

Kemudian Marts sekali lagi merayu dan JTM telah memberikan kelonggaran dgn kuasa pancaran 10 Watts sahaja.

Pada tahun 1997 lesen kelas B telah diluluskan oleh JTM dan hanya 100 orang sahaja yang berdaftar dengan memakai callsign 9W2.



SEJARAH ASTRA
Penubuhan sebuah persatuan baru radio amator mula dicadangkan dalam satu perjumpaan tidak resmi. Cadangan ini dikemukakan setelah beberapa cadangan yang dibuat oleh kalangan tertentu beberapa tahun sebelum itu tidak menjadi kenyataan setelah mendapat tentangan dari segelintir ham Melayu. Malah cadangan hanya tinggal cadangan, tidak ada sebarang usaha ke arah menjayakan penubuhan persatuan berkenaan.

Perjumpaan Pertama
Tarikh : 6 Julai 1997
Jam : 4.00 Petang
Tempat : No. 73, Lorong Melati 5, Taman Chengai Indah, Telok Chengai, 06600 Alor Setar, Kedah

Tujuan : Cadangan menubuhkan persatuan mula dibincangkan.

Yang Hadir :
1. Khalijah Husain [Kedah]
2. Masrani Mahlan [Kedah]
3. Mohd Pudzi Ali [Kedah]
4. Ahmad Kamel Kasim [Kedah]
5. Azmi Abdullah [Pulau Pinang]
6. Zainal Abedin Md Yacob [Pulau Pinang]
7. Burhanuddin Wahi [Pulau Pinang]
8. Amir Hassan [Pulau Pinang]
9. Abd Aziz Abdullah @ Sin Ja Koon [Kedah]
10. Md Zahir Chin [Kedah]

Semua yang hadir pada perjumpaan berkenaan bersetuju agar usaha ke arah menubuhkan persatuan dijalankan walaupun akan menghadapi tentangan dari pihak tertentu yang mungkin akan cuba melemahkan usaha berkenaan.

Perjumpaan Kedua
Tarikh: 20 Julai 1997
Jam : 3.30 Petang
Tempat : Lot 195, Kampung Tok Kesop, 06000 Jitra, Kedah

Tujuan : Merangka perlembagaan persatuan

Yang Hadir :
1. Azmi Abdullah [Pulau Pinang]
2. Burhanuddin Wahi [Pulau Pinang]
3. Mohd Pudzi Ali [Kedah]
4. Zainal Abedin Md Yacob [Pulau Pinang]
5. Ahmad Kamel Kasim [Kedah]

Urusan untuk membuat jemputan ke Mesyuarat Agung Penubuhan diserahkan kepada :  9M2BA [Azmi], 9W2BB [Amir] dan  Masrani Mahlan.

Perjumpaan Ketiga
Mesyuarat Agung Penubuhan

PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA [ The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia ] yang merangkumi Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara ditubuhkan dengan resminya pada 2 OGOS 1997 dalam Mesyuarat Agung Penubuhannya yang dihadiri seramai 22 orang peminat Radio Amator.
Tarikh : 2 Ogos 1997
Jam : 8.30 malam
Tempat :No. 73, Lorong Melati 5, Taman Chengai Indah, Telok Chengai, 06600 Alor Setar, Kedah

Yang Hadir:
0001 – Ahmad Kamel Kasim [Kedah]
0002 – Mohd Pudzi Ali [Kedah]
0003 – Anuar Ahmad [Kedah]
0004 – Marzuki Saad [Kedah]
0005 – Haji Shamsuddin Teh [Kedah]
0006 – Azmi Abdullah [Pulau Pinang]
0007 – Zainal Abedin Md Yacob [Pulau Pinang]
0008 – Burhanuddin Wahi [Pulau Pinang]
0009 – Amir Hassan [Pulau Pinang]
0010 – Mat Isa Baharom [Kedah]
0011 – Masrani Mahlan [Kedah]
0012 – Faisul Aris Othman [Kedah]
0013 – Haji Abd Rahim Othman [Kedah]
0014 – Md Zahir Chin [Kedah]
0015 – Khalijah Husain [Kedah]
0016 – Abd Aziz Abdullah @ Sin Ja Koon [Kedah]
0017 – Che Zaim Bahari [Kedah]
0018 – Ishak Ahmad [Kedah]
0019 – Zulkifli Mohamad [Kedah]
0020 – Noor Azman Zakaria [Kedah]
0021 – Ayub Hassan [Kedah]
0022 – Kamaruzzaman Didok [Kedah]

Sebenarnya cadangan awal yang dikemukakan untuk nama persatuan ialah PERSATUAN ASTRONOMI DAN RADIO AMATOR MELAYU UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA atau ringkasnya ASTRA [yang bermaksud AST = Astronomi, manakala RA = Radio Amator]. Tetapi, setelah difikirkan kepentingan masa depan orang Melayu dalam  bidang radio amator, mesyuarat menolak nama berkenaan. Akhirnya diputuskan bahawa nama yang akan digunakan ialah   PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA [The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia]. Walaupun begitu nama ASTRA terus diterima pakai.

Jawatankuasa Penaja – 2 Ogos 1997
Presiden [P] : Marzuki b Saad
Naib Presiden 1 [P] : Haji Shamsuddin b Teh
Naib Presiden 2 [P] : Azmi b Abdullah
Setiausaha Kehormat [P] : Ahmad Kamel b Kasim
Pen Setiausaha Kehormat [P] : Zainal Abedin b Md Yacob
Bendahari Kehormat [P] : Md Isa b Baharum
Ahli Jawatankuasa [P]:
Burhanuddin b Wahi
Masrani b Mahlan
Mohd Pudzi b Ali
Faisul Aris b Othman
Anuar b Ahmad
Amir Hassan
Juru Audit [P]:
Haji Abd Rahim b Othman
Md Zahir b Chin

Pada 6 Julai 1998, Mesyuarat Agung Tahunan ASTRA Kali Pertama diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dengan pemilihan Jawatankuasa Pengurusan 1998-1999

Presiden
Azmi Abdullah

Naib Presiden 1
Marzuki Saad

Naib Presiden 2
Abd Rahim Abd Rahman

Setiausaha Kehormat
Zainal Abedin Md Yacob

Penolong Setiausaha Kehormat
Mohd Khalid Hj Mohd Yusof

Bendahari Kehormat
Burhanuddin Wahi

Ahli Jawatankuasa
Anuar Ahmad
Abdul Sukur Haji Ahmad
Zulkifli Hashim
Haji Shamsuddin Teh
Shafiee Omar.

QSL Manager (InWard-OutWard)
Zulkifli Hashim

Editor Buletin ASTRA
Zainal Abedin Md Yacob

Pegawai Seranta
Marzuki Saad

Juru Audit
Mohd Nor Azlan Ujang dan Idris Hussin.

0 comments:

Post a Comment




G0VQY - QSO with 9M2GET in Malaysia


Amateur Radio
Perbualan Angkasawan Malaysia dengan Planetarium Negara
Listen-in to Angkasawan Malaysia 
(Sheikh Muszaphar - 9W2MUS) on ISS 
at SMK Kelana Jaya (Sekolah Angkat TIME) 20.07.2007

ANGKASAWAN NEGARA 2007
9W2 MUS SHEIKH MUSZAPHAR


Angkasawan Malaysia : Soyuz TMA-11 berlabuh di ISS
Pesawat Soyuz TMA-11 
angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor 
dan dua krew lain selamat bercantum dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) 
pada jarak 350 kilometer dari Bumi di ruang angkasa rantau Asia Tengah.